CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 27, 2014

Off-Road To Kerling, 25-26 Jan 2014

Convoi rolling Sabtu 25 Jan 2014, 3 buah kenderaan mendahului.. Abang Ali, Abang Jepp dan juga Abang Suami. kami bergerak dari RnR Rawang lebih kurang jam 9.00 pagi.

Lebuhraya Utara Selatan, keluar Tol Tanjung Malim

permulaan perjalanan melalui kebun getah. "dalam hutan tu ada letrik ke? kenapa ada tiang letrik kat sini Ayah?". Jawapan tepat ayah, "depan sikit ada stesen hidroelektrik".

Sepanjang perjalanan agak berbatu kasar. Jalan pun agak keras membuatkan kami anak beranak bagai dilambung lambung dalam kenderaan. 

rutin setiap kali offroading, kasi lock gear 4x4

sementara itu, anak anak kami sempat posing sambil menikmati keindahan bumi hijau ciptaan Allah.

11 pagi, selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah syukur, campsite yang di harapkan memang kosong dan tersedia untuk kami.. 

pak pak budak dirikan khemah sementara mak mak dan anak anak menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk adik Alif. Selamat hari jadi yang ke 6 Alif. 

campsite memang cunnn!! sejuk mata memandang, sedingin udara di sini. dinasihatkan bawak jacket kalau bermalam di sini. sejuk sampai ke tulang hitam.. Air sungai pun sangat sejuk..

kita minum dulu brekfest nasi lemak, lunch ketam masak cili api, dinner gulai ikan jenahak. Perghhhh!! meme terbaik 

aktiviti sampingan bila dah kecut jari jemari adik..

Siakap 8 rasa, telur masak kicap, kacang panjang goreng belacan dan ketam masak lemak cili api.. kensel diet


sekali sekala lunch dalam hutan dengan BFF, licin pinggan di buatnya

anak anak makan sorok sorok belakang khemah. A.k.a tempat mak mak tukar baju

semalaman di sini, dah siap kena balikkkkkkkk! 2 hari 1 malam macam sekejap sangat pulak.


kebulur punya pasal, dari Tanjung Malim. sampai ke Ana Ikan Bakar Petai BBB


sampai rumah, sambung masak pinjaram ni.. makan lagi..

No comments:

Post a Comment