CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 22, 2014

Gunung Irau, Cameron Highland

Trip Gunung Irau 2014
5 Januari 2014 (Me, Abang dan Zul)
Starting : 8.35 pagi
Mini Irau : 10.45 pagi
Masa terbuang di jalan yang salah : 
Dari Puncak : 3.00 pm
Dari Mini Irau: 4.00pm
Sampai starting point : 6.00pm (memang tak sempat lah mandi mandi segarkan badan di Hotel, late check out pun pukul 6.30pm. Sudahnya, kami mandi air yang sejuk gila dekat foodcourt Brinchang. 




tujuan kami ke Cameron Highlands ialah untuk hiking ke Gunung Irau. Ber-3 dengan Zul Gayut. Memang betul btul last minute. Nasib baik Zul join, kalau tidak, kami ber-2 sajalah dating daing di Irau.


Sardin se tin yang di masak dari Bangi sebagai bekalan. Sementara menunggu nasi bekal masak, kami sarapan ala kadar. Roti krim gardenia dan nescafee panas. 8.35 kami memulakan perjalanan dengan bismillahirahmanirahimmm...
setting ketinggian jam masing masing. Permulaan perjalanan, adalah atas pelantar seperti dalam gambar. lebih kurang dalam 20m perjalanan.

9.30 pagi sampai jungle walk- no 14. Sejuk banget.. merasa lah macam dalam cerita Korea, cakap keluar asap tu.. ahahaah
10.45 pagi, kami sampai di Mini Irau.. lepak sekejap, pekena pisang sebiji dan roti krim Gardenia separuh, kami teruskan perjalanan.. Di sini la drama " malu bertanya sesat jalan, dah bertanya pun sesat jugak" bermula. Kat Mini Irau ni ada 1 group Temerloh camping. Dengan penuh keyakinan, kami tanya, bang dah naik puncak ke bang?. jawapan pasti... "dah... sejam je dari sini.. ni haaaaa jalannya, kat belakang ada lagi member 2 orang tak sampai campsite lagi". sambil tunjuk lorong belakang khemah diorang. Maka kami tanpa segan silu, meneruskan perjalanan kami.. 

45 minit perjalanan, Abang mula bising, rasanya kita salah jalan ni, sambil keluarkan map dari beg. Sepatutnya jalan yang betul, kita turun sikit je lepas tu dah start naik.. yang ni turunn tak naik naik nih". sebelum tu Abang tanya jugak, jauh betul diorang tinggalkan member diorang eh, dah setengah jam perjalanan masih tak jumpa diorang lagi".  kami mula cuak, bunyi enjin land rover memang jelas kedengaran. Nasib baiklah sepanjang perjalanan Irau ni, line internet memang superb, kasi tengok google map.. sah kami salah lorong... Jumpa pula geng 2 camping Mini Irau tengah duduk lepak.. Mungkin tengah memikir, manalah jalan yang hilang ni. Aduh!!! gelak besar kami semua.. okeh, mari kita naik balik.. Rugi 2 jam kami di sana..
Mini Irau kali ke-2, Gelak besar lagi.. Kurang hasam, korang kenakan kami kan.. Tak jumpa jalan tapi mengaku dari puncak. Cheh.. Sebenarnya salah kami sendiri juga, masing masing pernah baca blog, "JANGAN MASUK LORONG BELAKANG CAMPSITE" tapi kami ikut kata orang.. Tapi tidak apa, at least, bertambah kenalan kami dari Temerloh.. In Shaa Allah, ada rezeki, jumpa lagi. 
2.15 Alhamdulillah, selamat juga sampai di puncak setelah tersalah jalan lebih kurang 2 jam.
Subhanallah.. Sepanjang perjalanan yang menjanjikan panorama yang sangat sangat indah, yang tak pernah lagi saya lalui sebelum ini. Memang cantik, semoga Irau akan kekal cantik begini sampai bila bila.
ketenangan dan keindahan yang tak ternilai..

Hasilnya... tidaklah teruk sangat. 

6.00pm sebelum bergerak turun, bergambar dulu dengan kawan baru di mini Irau dengan tagline "sejam je lagi". Inshaa Allah, ada rezeki jumpa lagi..












1 comment:

  1. TEBING TINGGI BACKPACK
    GUIDE SERVICE
    ALL OVER CAMERON MOUNT
    Insyaallah kami mesra
    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete