CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 19, 2013

Tamu Apin Apin

Setiap pagi Sabtu, Tamu ni akan beroperasi se awal pukul 6 pagi. Tamu/ pasar pagi tempat pertemuan masyarakat sekitar Apin Apin, di samping dapat membeli barang keperluan dan juga menjual barang yang di perlukan, tamu juga boleh merapatkan silaturahim di kalangan penduduk setempat.. 

Gambar Tamu Apin Apin bahagian dalam.. Ikan, ayam, kuih muih dan sayur sayuran boleh di dapati di sini dengan harga yang sangat murah.. Ogos 2013, kuih masih di jual RM1 untuk 4 biji dan size kuih lebih besar daripada kuih yang kami biasa beli di Bangi. :)


Setiap kali balik kampung, Aman dan Adik tidak pernah ketinggalan untuk cuci mata di Tamu Apin Apin. Yang ini bahagian luar tamu.. Segala jenis toys, baju, parang dan Ikan kering ada di jual disini. Biasanya penjual adalah penduduk sekitar Apin Apin juga. Nenek dan Auntie Long pun ada meja jualan di sini. Jual kuih muih, air, nasi lemak dan juga mee goreng. malangnya, gambar gerai nenek dan Aunti Long lupa snap..

Ultraman kecik sampailah yang besar ada di sini

Fresh dari kampung

No comments:

Post a Comment