CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 31, 2013

Daftar Adik Ikhwan di Pasti Al-Faizin

Adik Ikhwan 5 tahun suda. Rasa macam baru semalam melahirkan adik Ikhwan. Minggu depan kena sekolah dah. Baju size S, Kopiah size L. 

Hari daftar Ikhwan, Abang Aman duduk elok memerhati orang lain daftar. Adik Ikhwan pula, entah mana hala tawaf 1 bangunan sekolah. sekejap kedepan, sekejap kebelakang. Minggu depan dah start sekolah, adik kena behave tau. Jangan nakal sangat. Nanti cikgu rotan.

Adik Ikhwan ni banyak cakap walaupun pelat. Ayah nak pegi semejid (masjid) ke?, nanti ummi masukkan kuih adik dalam sepatik (plastik) bole?. Penghibur hati ummi di kala lara. Teman gaduh abang Aman dan pembuli ayah.. Dialah juara di rumah..

Ayah belikan stationary haritu pun dia tanya macam ni, mana menan adik yang banyak banyak dalam spatik tu?. memang dia buat main eraser & ruler. setengah hari jugaklah adik layan train eraser & ruler dia tu.. Alahai anak no. 2 nih

No comments:

Post a Comment