CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 3, 2013

Aman Balik Kampung 2013


30.12.2013 Flight Airasia pukul 12 Tengah hari.. 

Malam sebelum flight, Aman start manja manja ngan adik dah.. Sedihlah tu kena pisah dengan adik.


wajib beli komik dulu, pengubat bosan dalam flight katanya. Memang kena beli sebelum flight, kalau beli malam, sanggup berjaga habiskan baca komik dia tu.

Sayang ayah... jaga diri baik baik tau yah. Aman nak balik kampung dah ni.. 

setitik demi setitik airmata Aman.. Kejap kejap peluk adik, kejap kejap cium adik. Sebenarnya Aman ni nak balik kampung atau tidak ni? Ummi pun musykil..

Start dah.. sikit lagi nak meraung ni, Macam kena paksa balik kampung pulak.  Bye bye Aman.. Selamat bergembira di kampung. Kalau hujan jangan mandi sungai tau. Jaga nenek tau, jangan asyik minta ayam goreng kat nenek, Ayam di Keningau mahal RM30/ ekor, antara pesan ayah pada Aman. Aman angguk saja, tapi dengar cerita nenek, minggu pertama hari hari mintak ayam goreng, pagi petang siang malam ayam goreng.

Dari airport terus ke Kem Hamzah, Hulu Tamu. Jalan jalan jumpa abang Din Medan.

dan juga Nuun Lah

Sunyi bila Aman balik kampung.. Walhal time ni Aman belum sampai Kampung Apin Apin lagi.

balik KL jumpa kawan lama. Noa & Azman. Kawan masa study dulu bersama family.. 

Abang & Azman

My twin di kolej dulu..

antara aktiviti kami anak beranak 30 November hari tu.. 


No comments:

Post a Comment