CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 16, 2013

Selamat Pengantin Baru Said & Amalina

14 Sept 2013 pukul 11.30pagi di Masjid Al Qurtubi Segambut,  Abdul Said & Nur Amalina sah menjadi pasangan suami isteri. Selamat menempuhi alam rumah tangga untuk Said dan Isteri. Semoga sentiasa bersabar dalam menempuhi suka duka alam rumah tangga..  sikit sebanyak saya kongsikan gambar di sepanjang majlis yang di berkati ini.. 


Sebelum ke Masjid, rombongan lelaki menunggu bakal isteri..

Said, Mama, Mak Said dan Makcik Said menunggu dengan sabar..

Sampai Masjid, posing lagi sementara menunggu Pengantin perempuan.. 

Gambar Aman dan Nenek setelah semuanya selesai... Ummi tak dapat amik gambar tengah akad nikah. Almaklum lah, tak boleh masuk masjid.. :)

15 Sept 2013, Majlis Sanding di Dewan Serbaguna DBKL Kepong.. Rombongan Pengantin lelaki yang tengah menunggu ketibaan pengantin..  Kasih seorang ibu tiada tandingan. Sanggup datang dari kejauhan, dan sanggup menunggu pengantin di bawah terik matahari.. 

Persembahan silat untuk pengantin..


Gambar kenangan Mama, Aman dan Adik dengan pasangan pengantin..

Cucu saudara yang menetap di Sungai Buloh.. 

Sudah habis kenduri, kita makan cendoi dulu.. Adik request..

No comments:

Post a Comment