CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 24, 2013

Aman suka Makan

Selepas meninjau sedikit sebanyak Hari ATM ke 80, Kami meneruskan perjalanan ke Lepar 5, Jengka, Pahang. Ziarah Aten nuuunnn di kejauhan..  12 tengah hari dari KL, sampai ke destinasi dalam pukul 4 petang.  Sepanjang perjalanan layan Aman berborak, sampai satu tahap Aman cakap "Aman rasa sikit lagi kita nak sampai Amerika Selatan ni, jauh sangat la ummi, Jalan ni macam takde penghujung"
Umi dan ayah hanya mampu tersengih.

perut membesar, tapi Aten kurus suda... Mungkin penat atau sunyi duduk seorang di dalam rumah time Uncle Nizam kerja. 

Sekadar bersembang anak beranak, pukul 3 petang Ahad, kami gerak semula ke KL.. Aman ni memang pemakan orangnya.. Bab menunggu Aman siap makan tu yang kekadang boleh hilang sabar. Sebungkus nasi lemak dan teh tarik akan mengambil masa sejam untuk di habiskan. Itu pun kalau makan di kedai.. Kalau depan tv di rumah, mau 2 jam baru selesai..


tidak apa Aman.. Umi dan Ayah bagi chance kat Aman.. Sambung makan maggi cup pulak.. sungguh sungguh Aman ni makan.. Umi dan nenek hanya mampu melihat.. Masih kekenyangan dari rumah Aten..

kawan baik sama nenek.. 3 orang ni yang paling ummi sayang dunia akhirat... 

pukul 7 petang, singgah pulak lagi di kedai roti Canai Teras Jernang... 

Hi, nama saya Aman.. Saya suka makan roti canai!!
selesai semua, pukul 7.30 kami dah sampai rumahku syurgaku.. 

No comments:

Post a Comment