CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 9, 2013

1 Syawal 2013 Kami

Sedikit kelainan raya kami tahun ni. Aman dan Adik suspen jugak apa pasal puasa dah habis tapi kami masih di sini.. Aman siap komplen, kawan kawan lain semua dah balik kampung Ummi, kenapa kita tak balik lagi nih?. Plan asal, kami akan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tanjung Malim yang tak jauh dari Kampung Nenek  mertua di Kampung Gumut, Kalumpang. jadi, kena gerak keluar rumah selepas subuh dalam pukul 6.30pagi. Agaknya penat merendang, pukul 6.30 tu baru terjaga.      

7.30 pagi angkut anak anak, Aman dah siap mandi, terus gerak.. Kami akan singgah Masjid Bukit Beruntung untuk Solat Sunat. Kalau tidak, tak sempat.


9.00 pagi , Beginilah keadaan Masjid di Bukit Beruntung.. Berpandukan Orang ramai jalan kaki ke masjid, kami jumpa Masjid ni.


Selamat Hari Raya Adik.. Sayang anak mama.. *kadang adik panggil ummi, mama.. 

10.30 pagi, Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Ayah Long, dan Ayah Chik. Berkumpul kami di sini, di 1 Syawal. Pertama kali semenjak kami berkeluarga. 

Buah hati ummi. Yang kecik tanak mandi. Yang abang sangat wangi.. Aman, ummi bangga dengan Aman, tahun ni belajar puasa bersungguh sungguh. 6 hari tak puasa dan bersebab. 

Mak Long & Ayah Long, Ayah Chik dan Mak Anjang serta anak anak, dan kami sekeluarga di 1 Syawal. 

Atok Abah a.k.a Ayah Long.. Selepas menziarahi pusara, kami pulang ke KL.. 

2.00 Petang, beraya di rumah kawan ummi.. Auntie Zila.. 

No comments:

Post a Comment