CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 13, 2013

Trip 4 x 4 ke Air Terjun Harimau Berjemur

D'Harung 4 x 4 Adventure & Malaysian 4 Wheelers
31 May 2013-2 Jun 2013
14 kenderaan dan lebih kurang 40 org perserta termasuk seorang wartawan dari Majalah Libur.

berkumpul di dengkil Centre Point pukul 10.30 malam

flagg off by YB kawan Dengkil, Tuan Shahrum Mohd Sharif tepat pukul 12 malam. Bungkusan Pink tu, bekalan kuih sepanjang perjalanan. Kuih karipap, keria, kasturi, cucur badak. Semua sedap sedap. Terima kasih pada yang memberi.

Pukul 3.50 pagi, pit stop seterusnya. 

pagi selepas tidur tidur ayam je di kenderaan masing masing.. Sedondon walau tak janji dengan Cik Liza ni.. 

permulaan Offroad kami.. pokok sawit yang tengah membesar.. 

laluan tinggal kami tempuhi. Kebetulan hari ni cuti DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Bday, jalan yang sepatutnya dan laluan lebih mudah ditutup..Bermulalah cabaran kami di sini.. 

sangkut sikit sikit tak pa... ni masih ok lagi nih.. 

Sungai pun kami tempuhi.. *jambatan runtuh..

sementara menunggu semua kenderaan melepasi halangan ala ala ringan ni, kami dok lah meniti balak.. 

rupa rupanya halangan sebenar, tak jauh dari jambatan yang dah runtuh ni.. semua dah mula turun buat site visit.. 

budak budak dan kakak budak pun dah bukak tikar.. dapur bergerak pun dah start bukak dah, nugget sebungkus, cekodok sekilo, dan kopi O sejag besar.. 



inilah halangan sebenar.. lapar dan dahaga jangan cakap lah, demi melepasi halangan ni. Kerjasama sepasukan tu yang paling penting. Tanpa pengalaman dan kerjasama dari semua pihak, agak mustahil untuk melepasi selut ini.. teori Pair to Pair *idea ketua rombongan  memang sangat berkesan.. Alhamdulillah, kami group yang pertama melepasi halangan ni,  berjaya sampai ke tempat yang di tuju pada pukul 7.40 malam, dan di ikuti yang lain lain 30 minit selepas tu. Selesai mandi dan dinner, kami pun tidur dengan nyenyaknya di sini.. Nyaman...


selesai sarapan pagi, trekking sikit, alhamdulillah, sampai jugak kami anak beranak di sini.. subhanallah, Betapa indahnya ciptaan Allah. 


usai mandi, layan jungle jamm pulak. 


Aman dan peserta konvoi paling comel.. Chicko!!!

kepuasan melangkaui keletihan yang kami rasa.. Terbaikk!! semoga ini bukan yang terakhir untuk kami.




2 comments:

  1. Askm.... Tumpang bertanya... Trip ni ikut jalan masuk dari mana yer... Selancar atau kratong atau rompin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry agak lama baru reply.. Trip ni ikut Kratong..

      Delete