CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 16, 2013

Ulu Pertang, Raub Pahang

Konvoi Rolling : 10 Mei 2013
berkumpul di Petronas Gombak pukul 8.30 malam
8 buah kenderaan 4 x 4
Abang Din Medan, Pijo, Orked, Farid & Ken, Abang Ali & kami sekeluarga.

bertolak dari Gombak pukul 9.30 malam dan berkumpul semula di BHP tol Gombak untuk menunggu rakan lain. Perjalanan di teruskan, singgah soru di kedai mamak pekan Raub.. Perjalanan panjang tanpa obstacle memang sangat memmengantukkan saya.. hehehehe... seronok konvoi..




4.30 pagi sampai 1st camp site, hajat di hati ingin ke Pasir luas, disebabkan air sungai tengah besar, rehat sini lah sekejap.. mak aii.... agas memang banyak di sini. 1st time camping di serang agas.

bangun pagi seperti biasa, bukak dapur. sarapan penting. Menu of the day : cekodok ikan bilis + sambal ikan bilis. 

1st camp Site.. Nampak kabus sejuk tu.. Nyamann..

Ha.. wajib selepas bangun tidur, site visit. Camane dia nak mandi kalau air macam nih. Nasib baik dia cakap, tak nak mandi sini lah ummi.. selamat kami.. hehehe.. kalau dia nak mandi, sah sah adik pun sama, dan sah sah jugaklah salah seorang dari kami kena mandi juga... sejuk woo..

leka pulak dia main jual beli dengan ayah.. Keropok sayur sekeping 50 sen.. hahaha... pembelinya sorang je boleh.. Ayah je.. ummi tak payah katanya..

selesai isi perut masing masing, kami meneruskan perjalanan memburu camp site yang lebih selesa..Nampak tak, sana sini kelihatan "bahan kumuh a.k.a najis" gajah. 

taraaaa... sudah sampai di tempat yang dituju. bekalan makanan sudah dikeluarkan dan di susun cantek cantek.. Operasi menyediakan lunch pun bermula..  Liza dan abang Din Medan bertungkus lumus di dapur. Tanpa mereka, sunyilah offroad kami.. 

inilah banglo kami di sini. di antara dapur dan fly camp bed yang lain... betul betul di tengah tengah fly.. Nasib menyebelahi kami, tiada hujan malam kami di sini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, hujan lebat dah 2-3 malam di sini.

lampu.. kaulah yang menyinari malam malam kami setiap kali kami ber Offroad. Terima kasih Abang Din Medan yang sentiasa membawa spesis ini di mana saja destinasi offroad kami. 

dinner.. Mee hoon, nasi putih, masak lemak sotong, macam macam lagi... lupa pulak ye snap gambar makanan..  ubi rebus pun ada juga..Makan dalam hutan, bertemankan head lamp dan bunyi aliran air sungai serta bunyi hutan memang mendamaikan jiwa. 

jeng jeng jeng............. tapak fumakila yang kami jumpa. kecut jugak lah perut bila tengok tapak besar ni. Dik Firah sampai tidak tidur semalaman dek fobia dengan tapak ini. 

okay, mau balik suda...  kami tinggalkan camp site tanpa secebis pun sampah dan tanpa merosakkan sedikit pun keindahan alam di sini untuk tatapan generasi yang akan datang. Bagi kami, camp site di sini sangat unik dan sangatlah fresh.. Tiada rasa panas langsung, cuma satu agas banyak di sini. habis Kaki kami kena belasah ngan agas.. hahahah... sweet sangat kenangan agas nih. terpaksa MC sehari dek kerana gatal melampau.

8 kenderaan untuk hari ini...

sepanjang perjalanan jalan balak macam ni.. Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumahku syurgaku dengan selamat dan membawa satu lagi kenangan terindah ofroad kami anak beranak.. 


No comments:

Post a Comment