CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 10, 2013

Pengalaman Pertama Aman Cabut Gigi di Lisa Alis, Bandar Baru Bangi


Selepas seminggu gigi kekal Aman nak keluar dan gigi susu masih tidak mahu mengalah, akhirnya 9 Mei 2013, kami ambil keputusan bawak Aman jumpa Dentist. Google klinik berdekatan, baca serba sedikit feedback patient, Klinik Pergigian Lisa Alis jadi pilihan.. 

Alhamdulillah, Dr. Ammar sangat baik dan pandai ambil hati Aman, untuk mengelak Aman trauma *banyak gigi lagi yang tengah tunggu turn nak kena cabut, saya cuba buat yang terbaik untuk dia. 


Meh kita tengok bola sekejap kata Dr. Ammar kepada Ammar Kecik, selepas doktor sapu sejenis gel untuk bagi gusi kebas sebelum inject ubat bius. Lepas tengok bola sekejap, Dr. Ammar suruh Aman tutup mata, sebab tu Aman tak sedar pun Dr. bius..

Yeah!!! mari kita cabut gigi.. Gigi bawah Aman kukuh lagi, walaupun gigi baru dah mencanak canak nak keluar dari gusi.. kalau dibiar, karang senget benget gigi Aman. 

Aman gigi rongak, seluar koyak. hahahahahahaha...

Review Klinik: Dr. Ammar memang terbaik!!!!!!!!! lepas ni, kalau perlu cabut gigi, kita jumpa Dr. Ammar lagi ye....

No comments:

Post a Comment