CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu, Semoga Semuanya Akan Kembali Aman

Kami hanya mampu mendoakan semoga semua anggota keselamatan Malaysia yang ditugaskan di Lahad Datu akan dipelihara Allah dan dipermudahkan semua urusan. Semoga keadaan kembali Aman, supaya hati kami anak Sabah kembali tenang daripada ketakutan. 

Hari ini Pakcik Koji diberi "Cuti Keselamatan" sehingga Ahad 10.03.2013. Walaupun Kinabatangan dan Lahad Datu agak jauh, tapi saya sebagai seorang kakak yang jauh di semenanjung amat bersyukur bila Koji "berCuti Keselamatan". Sekurang kurangnya, ada lelaki yang boleh menjaga mama di Keningau. 

No comments:

Post a Comment