CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 6, 2013

Selamat Ulang Tahun Ke-7 Sayang

Bismillahirahmanirahim... Ya Allah Ampunilah dosa kami dan dosa anak anak kami, Ta Allah berikanlah kami petunjuk, kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak anak kami, Ya Allah jadikanlah anak anak kami agar selalu berjalan di jalan syariatMu dan di jalan syariat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, jadikanlah mereka sebagai pembela Agama-Mu

Selamat hari jadi sayang. Umi doakan, Aman membesar bagai juara, sentiasa di bawah lindungan Allah, sentiasa dilimpahi segala kurniaan yang pernah dilimpahkan kepada hamba Allah yang soleh, sentiasa diberkati olehNya. Umi doakan anak ummi, Ammar Idlan semoga Allah permudahkan perjalanan hidupmu. Semoga Allah memelihara iman dan ahlakmu anakku. Semoga Ammar Idlan boleh menjadi pembela dan pemimpin adik adik, semoga Ammar Idlan boleh imamkan umi dan ayah satu hari nanti. 

Tahun ni Ammar Idlan darjah satu. Sebulan bersekolah, masih lagi belum expert membeli makanan sendiri di Kantin S.K Bangi. Sedih Ummi bila tengok gambar di atas. Ammar Idlan tersenyum puas bila berjaya membeli sepinggan nasi lemak. 1st time, dan inilah sekali setakan bulan Feb 2013, Ammar Idlan makan nasi lemak di S.K Bangi. Alasan yang diberi, bila ummi suruh beli nasi lemak or makanan lain di kantin sekolah "Nanti Makcik kantin suruh amik sambal, Aman tak makan sambal. nanti membazir lah. Membazir kan amalan syaitan". 

Ayah akan masukkan duit RM4 dalam beg Ammar Idlan, untuk belanja di sekolah ABIM dan juga SK Bangi. Balik sekolah, RM4 tu masih tersusun elok, seperti mana ayah masukkan duit pagi tadi. Ammar Idlan akan masukkan sendiri duit RM4 tu kedalam tabung Pos Malaysia milik dia. *yang sudah pecah tapi Ayah tampal. kumpul duit untuk beli "Tayar Lipan" katanya. 

paling kurang pun mesti ada RM1 baki duit Ammar Idlan. Itupun bila ummi paksa Ammar Idlan untuk beli sesuau yang boleh di makan di sekolah. Biasanya, dia cuma akan beli air minum, ataupun pemadam dan kad di kedai buku sk Bangi. 

Kesian Ammar Idlan, sebulan sekolah, kurus keding badan dia. Seluar sekolah pun longgar. Sampaikan Ayah terasa macam seluar Aman ni tertukar dengan orang lain punya... itulah Aman di darjah satu. Apa pun, Selamat Hari Jadi Sayang. Umi dan Ayah doakan Aman jadi anak yang soleh dunia akhirat. Sayanggggggggg anak umi "Ammar Idlan Zafri"





No comments:

Post a Comment