CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 27, 2013

Jalan Jalan Di Taman Negara, Kuala Tahan


Last minute planning. Seminggu sebelum cuti Tahun Baru Cina, memang ada bunyi dari Abang teringin ke Taman Negara, Kuala Tahan. Mungkin juga kemaruk panggilan hutan, tertunggu tunggu trip Offroad. Semua senyap sunyi tanpa khabar di saat saat Abang ku tengah gian mengecass. Tidak mengecass, kita masuk hutan pun jadi lah, kata dia.  Sampailah hari Sabtu 9.02.2013, masih belum ada kata sepakat, jadi ataupun terpaksa dibatalkan trip kami ber-4 ke Taman Negara. Petang Sabtu, Abang bagi kata putus, "kalau Abang call Abot Guest House ni ada bilik kosong, kita gerak esok pagi". Alhamdulillah, rezeki menyebelahi kami, kami di izinkan oleh Nya untuk menikmati keindahan alam, dan juga menikmati nikmat bercuti bersama anak anak. Kebetulan, tinggal lagi 1 bilik untuk kami anak beranak..

plan asal, kami akan bertolak dari rumahku syurgaku seawal 5 pagi. Biasalah, ding dong siapkan itu ini, Aman dan Ikhwan lagi, tersasar sejam. 5.50 pagi kami melepasi pondok guard TIP selepas patah balik tertinggal kamera. Plan asal juga, kami akan berhenti rehat dan sarapan di RnR Temerloh, rupanya simpang ke Kuala Tahan, terletak sebelum RnR Temerloh. 

120 KM sebelum Taman Negara, lokasi sarapan pagi kami. Nasi berlauk jadi pilihan, sementara Abang dan Anak anak menikmati roti canai dan nasi lemak. Sarapan kami memang Terbaik dan memang sangat murah.

Perjalanan diteruskan. Selepas masjid besar, amik kanan pesan Abang Ipar semalam.

jumpa Padang Piol, betul lah  tuh..


Port wajib untuk posing  bagi offroader sebelum masuk ke kampung Mat Daling. Sempat saya rakamkan gambar "mereka" dari jauh. Maaf ye..

Yeay!! kami sampai Jeti Kuala Tahan sebelum pukul 12 tengahari.. Rapid Shooting kami akan bermula tepat pukul 12.

di sinilah sebenarnya lokasi yang men"spoil"kan mood cuti saya. Nampak tak disebalik plastik tupperware itu. Handset merah saya, yang baru 2 bulan bersama, telah hilang disini. Memang silap besar, handphone itu di letak di situ. lepas posing, terus tinggal tanpa kesan. hurm.. 5 minit sudah memadai untuk hilang harta benda di khalayak orang ramai. Sedih tak berguna sudah. Jodoh dengan mu Sony Xperia, sungguh tidak panjang. 

life must go on.. Percutian diteruskan. Alang alang sudah sampai, tak kan nak balik KL semata mata sebab hilang handphone. beRapid Shootinglah kami anak beranak dalam kesedihan. Aman pun senyum dalam tangisan..Rapid shooting & melawat perkampungan orang asli RM150/ boat. 

Perkampungan Orang Asli yang kami lalu tapi tak singgah.

Lalu jeram sungai lah yang best. Basah kami sekeluarga. Nasib baik cameraman terrer mengelak air sungai dari terkena kamera.. 


sudah sampai di Perkampungan Orang Asli.

mari belajar buat api tanpa lighter.. Orang asli di sini, ada lighter, tapi kemahiran pasang api tanpa lighter, tetap ada. Selain pasang api, pakcik ni juga tunjuk cara buat peluru sumpit yang digunakan untuk memburu binatang di hutan. 

seronok melihat anak anak orang Batek yang pemalu. Bila kita panggil dan hulur makanan baru diorang jenguk kepala. sesungguhnya saya insaf bila melihat anak anak ini membesar dengan sihat dan gembira walau hidup sederhana. Kalau anak kita di rumah, berbakul bakul mainan pelbagai warna dan bentuk, anak anak Batek seusia Ikhwan (3 tahun) sudah mahir bermain parang.. Bila jenguk kepala, kelam kelibut diorang lari masuk rumah, parang entah kemana, kayu yang dipotong pun entah kemana.  Menurut guide kami dan disokong oleh bakal Tok Bain, orang Batek ni berasal dari Negara Afrika. Diorang hidup berpindah randah, setiap kali ada kematian, diorang akan berpindah ke tempat lain. Cara pengebumian adalah, mayat akan di gantung atas pokok di kawasan yang akan di tinggalkan. hurm. 

Pengajaran untuk Aman dan Ikhwan serta kami laki bini, jangan sesekali mengeluh dengan rezeki yang kita perolehi hari ini. Ramai lagi di luar sana yang hidup serba kekurangan. Rumah beratap rumbia, tanpa bilik, katil, TV mahupun tilam dan berlantaikan tanah. Alhamdulillah syukur atas nikmatmu Ya Allah.


Raya Cina 2013, banyak rombongan cik kiah.. 

Aman dan sungai. tidak sah kalau tak mandi. 

Keluarga kecilku

sana sini ada "dia", ke canopy walkway jumpa "dia",  terpaksa patah balik. Nak ke Lubuk Simpon, jumpa sedara "dia" pulak, terpaksa patah balik. Jalan jalan tengok mutiara resort, jumpa pakcik "dia" pulak. Last last balik bilik.. takut jugak bila trekking anak beranak, terserempak dengan "diorang" anak beranak. Mana kami nak lari?. Tergelak dengar perbualan budak budak di belakang kami. "woi, anak tapir lah?". Lepas tu adik dia jawab.. "Itu babi la Bodo!". 

wot wot.. saya jumpa peti pos di Taman Negara. Tapi saya kurang pasti samada Peti ini masih berfungsi atau sebaliknya. Gigih posmen hari hari kutip surat dari Taman Negara nak hantar ke Pejabat Pos. Peace no war!! 



No comments:

Post a Comment