CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 16, 2012

From Bangi to Terengganu Part 1

Teruja menanti trip ke Kuala Terengganu. 1st time saya ke Negeri Pantai Timur setelah 14 tahun menetap di bumi Semenanjung Malaysia.. Chewahh! ini cerita betul, tak tipu punya. Disamping kami laki bini menunaikan niat untuk bawak Maah jalan jalan selepas habiskan diploma. Seawal pukul 4.30pagi @ 16.06.2012 kami bertolak dari Bangi.

Hentian pertama, RnR Temerloh @ 6.30pagi. Awal kan? sepanjang perjalanan dari Bangi ke sini saya terZZZ.. Kesian En. Jaie. Penglipur lara semua tido.. hahahaah

8.45 pagi- Sarapan di mana??. kami pilih Cafe 619 Cherating untuk breakfast.. Makan Nasi Lemak dan Aman makan roti Canai. Aman memang pemakan roi canai tegar. Kalau kedai tu ada roti canai, mmang dia tak pandang menu lain. Dari RnR Temerloh ke Cherating pun saya tido gak.. hahaha... bangun kejap kejap sambil cakap bukan bukan, berlakon konon konon tak tidur la.. tension je en. Jaie..

Terjaga sekejap kat Kedai Sahaja ni. Kurang pasti maksud tersurat dan tersirat signboard ni. Kedai Encik Sahaja ataupun signboard ni nak bagitau Lot lot ni kedai sahaja dan bukan rumah sewa.. heee.. lepas tu, saya terlelap semula.. 

10.10pagi ~ Sedar sedar, sudah sampai Pantai Kemasik nan indah..


sempat jugak lah budak budak ni main taman sekejap. Sempat la amik udara sebanyak mungkin supaya tidak tidur lagi dan lagi..

Tandas awam disini sangat bersih okay.. kena bukak kasut sendiri, then pakai selipar yang disediakan.. memang terbaik!!

Kami meneruskan perjalanan akhirnya sampai ke Dungun, Terengganu.. kiri kanan loji minyak.. wahh!! budak budak dan mak budak terlebih sudah disini.. Sampalau lah kata orang Sabah..

11.20pagi ~ Kita tengok penyu bertelur!

misi mencari penyu bertelur.. hahahaha... joking. Kami singgah sini untuk amik udara segar lagi. Tengok pantai yang cantik sambil makan bekal roti + bubur durian yang kami bawak dari Bangi. Tengok Ikhwan buat apa? 

 Abang dan adik yang tidur jugak sepanjang perjalanan.. Misi Aman ke Terengganu *Beli gasing macam Abang Iman.. Jauh betul Aman nak cari Gasing kan.

2.40petang ~Yeay sudah sampai tempat beradu.. lupa lak snap gambar singgah lunch di kedai Makan kat SRi Pinang Marang..

No comments:

Post a Comment