CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 12, 2012

Pine Tree Hills 2012

7 April 2012
Fraser Hills
duration: 9.00am-6.30pm
Team : Me, Jaie, Bard, Zul Panjang a.k.a Zul Panda, Zul Gayut (dulu Zul Kamera), Safuan (adik Zul Gayut) dan Subra.

Cuaca sangat cantek..

Gunung yang ke-2 bagi saya si budak baru.. Bertolak dari Bangi kira kira pukul 4 pagi. Ikutkan plan, pukul 3 dah zasss, tapi Adik Ikhwan buat drama, muntah kat Abang Aman.. Kenalah mandikan 2-2 anak anak awal pagi.. tau sajalah bila mandi pagi, mengamuk lah si kawan yang kecik tu..

Pengalaman yang sangat best bgi saya. 10 jam treking yang tidak terasa.... Subhanallah indahnya ciptaan yang maha esa.. Cuaca nyaman... jauh perjalanan luas pemandangan.

Gi umah Bard dulu amik dia dan Zul Panjang. Pas tu baru ke HKL pepagi buta untuk pick up Subra pulak. Sampai Caltex Jalan Kuching tunggu Zul Gayut untuk transfer Subra.. hehehe.. kang kejung kaki dok sempit sempit lak. Ingatkan nak Sarapan dulu kat Kuala Kubu, tapi nampak gayanga tokey kedai makan masih lena di buai mimpi.. Kedai Singkung ada lah kalau mau kan.. Subra je lah yang boleh singgah pun. So, kami amik keputusan untuk bfast di atas sana saja selepas subuh di Masjid Jamek Kuala Kubu.



alhamdulillah, selamat sampai Fraser Hills tepat pukul 7 pagi. Lepas bagi nama kat Balai Polis, misi pencarian kedai makan pun bermula..



saya pilih di sini.. perghh sedap gila nasi lemak panas tambah pulak dgan milo kosong panas dan karipap panas. serba serbi panas.. hahaha sedapppp sampai menjilat jari weehhh. 2 bungkus nasi lemak saya kerjakan. nampak sangat pelahap. Laki laki macho semua makan sorang sebungkus. agaknya, pompuan memang besar selera makan kot kan.. hehehehe

kusyuk benor menikmati nasi lemak kedai sebelah ye..


sambil strecthing sambil amik gambar.. saya jugak yang amik gambar diprang ni.. nak harap yang lain, hampeh.. Bad, Zul dan Subra x boleh harap.. memasing takmo bawak kamera.. Pukul 9 tepat kami bergerak tinggalkan entrance ni. lepas 10 minit treking, baru En. Jai perasan, laaa... lunch set kitorang tinggal dalam kereta.. Nasib baik ada maggi, roti dan jajan jajan lain.. kami amik keputusan untuk teruskan perjalanan.. nanti balik baru makan nasi lah.. Stess mak tau, penat je masak dan berangan makan nasi kat puncak, tau tau boleh tertinggal lak dalam kereta.. chett 

saya suka.. dia buatkan saya tongkat sakti.. Tongkat ada kat rumah tapi lupa bawak.. alasannya, sudah rosak. walhak bole je pun repair..  2 kali dia buatkan saya tongkat. sampai bawah, dia siap pesan letak balik kayu dan terima kasih.. baiklah bos. 
senyummmm.. depan gua akar pokok.. lepas sejam perjalanan kot ni. x berapa nak ingat. Next time kena buat log lah. senang sikit nak gebang dalam blog

amik lah gambar sendirik dan tepek sendirik dalam belog. Zul gayut boleh cakap apa tau "eh, ni couple dah kawen ke"

selepas 3 jam perjalanan, sampai la cenuram ini.. Happy yang amat tau, sebabnya saya tau  sudah mau sampai puncak.. hehehe... best, sejuk, nyaman dan damai.. 

Puncak sudah.. tapi puncak betul kena naik lagi 1-2 minit la.. hari tu ramai sangat umat manusia yang ada. ada guide tu bgitau, hari ni dalam sejarah sebab ada 4 team. team 1-20pax, team 2-23pax, team 3-10pax dan kami 7 pax. Rasa macam hiking kat Gunung Datuk pun ada gak. Ramai sangat dan laju laju pulak tu.. kagum skejap tgk diaorang laju laju belaka..tua tua pulak tu.. 

yang ini puncak 1peak. Kat sinilah saya terliur tengok diorang makan pisang.. Sikit  tak offer tau.. sedih betol. lain kali kalau treking lagi, nak bawak pisang pulak lah.. 12.30 rasanya sampai sini..
akibat terlupa bawak nasi yang dan lauk sardin yang saya dah masak semalam, En. Jai kena lah siapkan makanan ye.. Mamee Itik + Maggi Kari sedap bole tahan. for the 1st time saya makan roti gardenia + Peanut butter paling sedap di dunia.. perghhhh.. sedap sampai 3 keping saya kerjakan. thanks a lot to Dr. Subra tokeh roti dan bard selaku tokeh peanut butter. (ni stok Bekelah hari tu x sempat makan). lepak sambil layan makanan manan ringan sambil tengok orang lalu lalang, 1.3 0 petang kami gerak ke Twin Peak. Tak ramai yang ke Twin peak, tak tau lah  guide tu tipu atau betul betul tak tau. ada grup satu ni x nak pegi sebab Guide diorang bagitau nak ke Twin Peak amik masa lagi 3 jam dari sini..  Kami sampai ke Twin Peak tepat pukul 2. Trek pun x de la teruk sangat macam tadi.. lebih santai dan landai kot.
 
penglipur lara kami tengah berehat.. tilam empuk katanya

us @ 3rd Peak with love.. 

take 5 @ water point
Pondok pertama kalau dari puncak lah.. penar macam nak  fengsan dah ni.. tangga yang besar besar sudah dilalui.. letih tengok tangga batu besar, sampai lupa amik gambar. 
  

selut, tapi sikit pun x menjejaskan kakiku itu.. water proof agaknya

yahoo... 6.30 petang yang sangat panjang.. lapar tahap gaban.. skali nasi dah basi daaaa..... cepat cepat mandi, mari kita makannnn..
 
happy la dah kenyang perut memasing.. Saya sungguh tidak sabar orangnya.. Makcik nak Nasi putih dengan telur dadar.. terus bismillahirahman nirrahimm.... Lauk sardin kan ada, buat apa buang masa tunggu Nasi Goreng kampung lagi? . Makcik kedai ni sangat lah peramah okay, dia siap pilihkan menu yang cepat siap untuk kami lagi... 

No comments:

Post a Comment