CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 9, 2011

Aman dah balik..

Cerita dah basi.. Rabu lepas umi amik cuti half day untuk menjemput anakanda tersayang at LCCT. Sangat teruja, macam zaman2 nak jumpa MR. Jaie la dulu dulu. Otw ke airport tu, macam2 telahan kami laki bini buat.. macam mana lah agaknya Aman, sudah montel kah, sudah gelap kah, suda tinggi kah? Hahaha. Macam lah dah 10 tahun tak jumpa Aman. Padahal baru 20hari KOOOTTT..

Orang yang paling tak sabar ialah ayah Aman ye. Sampaikan keluar statemen "Ina jangan turun dulu, biar kita carik parking sama2". Tak aci katanya, kalau umi jumpa Aman dulu. Sakit perut tau tahan gelak.. Tungu lebih kurang 10 minit, barulah muncul anakanda tersayang dengan Auntie Longnya.. dengan muka yang tersipu2 malu, malu malu kucen kat ayah dia.. hahahahaha…. The best moment * Ayah angkat Aman letak kat bahu.. kalau Dusun cakap sungguan.. dan diorang*Aman dan Ayah berpimpin tangan pegi ke mesin parking sambil tinggalkan ummi dan auntie long terkedek2 angkut beg.. Wah… Aman sudah lupa ummi dia di belakang.

Zassstttt… terus balik umah sebab Aman sudah x sabar jumpa adik yang dah 20 hari dia tinggalkan. Muah, muah muah… dah muah muah muah ngan adik, sampai umah, kemas barang lebih kurang then bersiap nak keluar. Aman nak makan aiskrim yang ada BR katanya.. Aman tengah pakai seluar ni, tiba2 menjerit.. uwaaaa…… saspen je, ingatkan terzip lolou.. rupanya… Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa Aman rindu nenek… Aman tertinggal slipper Angry Bird Aman kat kampung… uwaaaaaaa.. Aman rindu kampung.. terus dia bad mood tau.. tak mo makan aiskrim.. kita pegi bungkus Nasi goreng Thai je lah yah… Aman malas nak makan kat kedai.

Pujuk punya pujuk, akhirnya, makan dikedai juga.... 20 hari tu macam macam cerita yang berjaya terpahat jadi kenangan terindah Aman. "Aman mintak Nasi Goreng Thai kat Keningau tu yah, Aman tak tau pula yang kat Keningau takde Nasi Goreng Thai, ada nasi goreng Ayam je".

No comments:

Post a Comment