CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 23, 2011

Planning for Raya 2011

Quoted email from Dionisya (PPD-Tambunan). susah ni mau call. ambik masa 2-3 hari baru dapat cakap dengan dia. emel pun kadang kadang ada jawapan kadang kadang sebaliknya... sebelum tu, untuk dapatkan RM permit pun sikit punya lama tau... hehehe... tapi diorang ni baik hati sebenarnya. mungkin kekangan gadget ('dia cakap, selalu blackout, bila blackout, line phone dan internet hilangs untuk beberapa hari') takpalah, saya orang Sabah dan saya memahami (yakah memahami?) ini email dia...

Email 1

Gud morning Miss SSSS..

Booking telah disahkan dan telah dimasukkan kedalam slot..

Yuran Mendaki

Entrance Fee :  RM2.00/org
Climbing Permit :  RM20.00/org
Guide Permit :  RM50/5 org/1 hari
Transport : RM100/Unit

Recommended transport :  EN. RICHARD HP NO. 010-xxx1975

Untuk makluman Permit hanya akan dikeluarkan setelah pembayaran dijelaskan selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum pendakian.

Terima kasih kerana berurusan dengan Jabatan Perhutanan Sabah


Email 2 


'Selamat Pagi Miss SSS..

Untuk makluman Cik, bermula 01 september 2011 semua tempahan untuk pendakian ke gunung Trusmadi melalui jalan Tambunan adalah dibekukan sehingga ada pemberitahuan kelak.  Walau bagaimanapun, terdapat jalan alternatif lain iaitu di Sinua Sook. 

Pihak Jabatan Perhutanan telahpun melantik T.V.R.C sebagai wakil tunggal untuk mengurus tempahan pendakian melalui Jln. Sinua.

Sila berurusan dengan pihak T.V.R.C (087-774076  -  Miss Cindy Evans)

Sekian, terima kasih.

b.p  PPD/Tambunan'

Akhirnya setelah seminggu lebih menunggu dan hari hari sy call Cindy 2-3x sehari, dapat jugak invois di bawah ini;

 lebih RM 29.20 daripada jumlah asal.. macam manapun, sya tetap happy sebab x de modal sudah untuk En Jaie bising.. kalau tidak, tiap hari dia bebel, bila nak dapat invois ni? Pening guwe nak jawab..  ye ye... x sabar sudh mau mendaki Gunung Trusmadi

No comments:

Post a Comment