CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu 8 Mei 2011

Pagi tadi otw ke ofis, hot fm tgah discuss topic hadiah, surprise sempena hari ibu. Ada satu caller ni bagitau dia dan adik dia ke HKL melawat ibu yang sedang sakit. Tiada hadiah or surprise dari dia tapi adik dia ada belikan satu kad hari ibu dan juga sekuntum bunga. Apa yang dia nak bagi tau ialah, dia sayang sangat ibu walau apa pun yang terjadi mak telah membesarkan diorang 5 beradik tanpa ayah (bercerai lebih 10 tahun yang lepas). At last diorang semua jadi macam orang lain berjaya dalam hidup... Ibu adalah yang terbaik dan tiada galang ganti.. Sebak tau tetiba.. teringat pengorbnan mama membesarkan kami 6 beradik (yang masih sekolah) selepas arwah bapa meninggalkan kami pada 2001. Terbayangkan airmata mama bila ada anak anak yang x nak dengar cakap mama. Terbayangkan airmata rindu mama terhadap anak anak dan cucu. Rasa macam nak balik kampung sekarang jugak jumpa mak, peluk mak.. Rindu betul dengan mak. Saya sayang mama dunia akhirat.. muaaahhhh sayang mama…

Tengah sedih sedih sambil kesat air mata, FBI dan AG mainkan pulak lagu dibawah ni. makinlah laju air mata ini meleleh. Lagu ni ditujukan khas untuk mama yang tersayang di Kampung Apin Apin, keningau Sabah.. Aman x sabar tunggu nenek 24 Mei ini..

Ibu
(P. Ramlee)


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

No comments:

Post a Comment