CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 5, 2011

Panas hati dan terbakar hari ni


Menguji kesabaran tau.. Pepagi bute Ikhwan bangun, sah sah pergerakan terbatas kan.. Ikhwan ni jenis nak kita mengadap dia je 24jam.. Pantang saya nak bangun, mesti dia pun tejaga sama.. Pagi tadi sempat masak air dan goreng nugget, dia dah ngek ngek… nasib baik x rentung nugget dalam kuali.. tpaksalah jaga nugget sambil dukung budak kecik tu.. Elok je dah siap masak, dia dah ngek ngek nak makan la pulak.. nguap nguap tapi laju la pulak mengunyah. Kesian Abang Aman x sempat nak buatkan dia susu.. Bahye tau buat susu kalau Ikhwan ni begendong.. Tangan dia tu cepat je mencapai benda benda yang tak sepatutnya.. Dah setel makan (saya duduk mengadap di), jom lah dek kita mandi.. mandi lah berdua ngan Ikhwan.. Yang abang, sibuk main senapang baru, "Aman nak mandi lepas ummi siap mandi" dia dah bagitau sesiap.. Jam sudah menunjukkan pukul 6.50pagi…
Pukul 7.25pagi dah siap pakai baju, pakai bedak segala, minyak rambut bagai okay jom anak anak kita turun bawah.. henbeg, beg Sekolah Aman, Beg baju, beg roti and nugget dah siap kemas dekat pintu ni.. Tinggal nak bukak stroller je nak sumbat semua beg2 tu. Aman pun sudah siap pakai setokin, siap pakai kepiah (hahaha, teringat kopi kak Sinar "kopi cap Kepiah Melayu" yang sedap gilaaa, kopi yang saya bancuh tak sedap langsung kata Kak Sinar, hahahahah). Tengok2 kat tempat gantung kunci tu takde lak kunci saya.. Ah sudahh… mana lak kunci, cari dalam henbeg pun x de, dalam bakul Aman pun takde… Apa lagi call la cik Abang yang dah bertolak dari rumah seawall 6.30 pagi tuh… "bang, kunci mana?" rasa macam kena baling batu tau kat telinga ni… "alamak, abang terbawak la tuh"..
Mulalah saya jadi singa jadian, cari kunci mangga spare kat bilik, (kunci pintu grill dapur) sib baik jumpa.. turun bawah balik kait kasut aman dari dalam, saya mmg nekad ini macam kalu, saya gi keje pakai slipper jamban je lah… dah angkut beg kat dapo, siap siap nak kuar dah ni, laaa… Mangga memang la bole bukak, tapi kunci pintu tu sendiri lak yang tak de… Astagaaa…… apa lagi… Aman, tukar baju sekolah, kita cuti dok umah la hari ni.. dalam masa yang sama… pot pet pot pet manjang. Sampai Aman cakap "kesian umi kan tekunci dalam rumah, ayah lah ni punya pasal" terus saya senyap.. Pasangkan diorang tv, walaupun diorang tanak tgk tv pun, sy dok termenung… Van Along lak dah sampai, saya jerit je dari rumah "Aman tak sekolah, x de kunci rumah ni"….
Agaknya kekandaku itu kesiankan kitorang ni yang terkurung kat umah, dia balik gak bukakan pintu kitorng, then hantar saya pi kerja.. Horayyy… Nekad nak kerja gak ari ni bukan apa, saya nak cuti nanti 16 Mei… Kang x cukup lak cuti kang..
Moral of the story,
Duplicate kunci banyak banyak, eh, banyak banyak pun kalau si dia angkut semua sama gak kan… tukar la "Bawak kunci masing masing saja, jangan bawak kunci pasangan anda"

No comments:

Post a Comment