CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 19, 2011

Lagi 2 hari saja lagi..

Sudah lama rasanya x dengar suara si dia... Si anak yang rindukan ayah terpaksa menahan kerinduan sampai demam demam. Tengah malam rekues nak cakap dengan ayah tu yang paling tak boleh tahan. Sabarlah wahai Aman. Lagi 1 malam saja lagi dan besok insyallah Aman dapatlah dengar suara Ayah. Hurmm.. Nasib baik saya x rindu dia sangat. Hehehe.. kang kalau rindu kang demam plak. Bila demam, siapa pulak yang jaga budak budak yang meragam kat rumah tu…

"lagi 2 kali bangun tido, ayah balik, yeayyy" hampir setiap pagi dia bangun dan cakap benda yang sama. Dari 8 kali bangun tido dan akhirnya hari ni 2 kali bangun tido je lagi.. hahahaha…. Semalam "ayah bawak baju banyak banyak, dah nak habis lah baju bersih ayah tu kan ummi, mesti baju ayah dah banyak yang kotor, itu sebab ayah kena balik lagi 2 hari kan". Banyak lah ko Aman.. suka sangat buat kesimpulan sendiri kan..

Besok ada sambutan hari guru kat sekolah Aman, dan dia rekues "ummi mee hoon dengan ayam goreng tau". kesian Aman kan, kalau ayah ada mesti boleh carikkan hadiah untuk cikgu……

No comments:

Post a Comment