CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 25, 2011

Misi bermula..

Ya, Anak anak tinggal di rumah, dik firah jadi part time baby sitter.. jangan marah ye dik.. lain kali kami buat lagi.. order saja dari Melaka konfem dia cakap ok bah.. Bole bah kalau kau..

Sungai.. dalam hati "kang turun, bole terjun mandi terus". kami gerak naik atas lebih kurang 9.55 pagi

Trek yang agak mencanak!

yang ni kan, keje dia amik gambar je sepanjang jalan.. slow and steady. sebenarnya tu lah cara yang betol.. barulah tak sakit kaki..

saya lak, lajak gear 5. tu yang sakit kaki sampai hari ni.. hehehehehe

Tinggi kan.. naik tak nampak sangat tinggi, sepanjang turun saya dok fikir, camane aku naik ni tadi aaa??

Banyak pokok yang ada nama tau, sebenarnya nak tunjuk tuuu.. Politeknik PD. Glamer kau, hampir semua tanda nama pokok ni terselit nama Politeknik PD. tak malu kan, nampak benor tadak sivik orang yang menconteng ni.. tak boleh lah nak tengok benda bersih kaa?

letih ke bang? dia ni kan kejap2 tanya, ina ok ke? nak berenti? sebenarnya dia yang nak berenti.. wakakakakaka.. jangan marah aaa..

Politeknik PD gak yang dapat nama.

Saya paling suka gambar ni... Lagi 300 meter mau sampai puncak.. Yang uniknya, sign board ni ditulis atas penutup tin milo... suka suka sukaa......

Sila ambil maklum.. Saya naik gunung bawak payung.. ramai gile orang jeles.. hahaha.. sediakan payung sebelum hujan..

ko tengok tu... ada bunga tau. caya x? bunga semata mata, tiada dahan.. Akar dan bunga sahaja.. daun pun tiada kot..

besar besar saya, besar lagi pokok itu... sayang pokok ni kalau x dijaga, gerenti sudah ditebang dan buat papan.. hope 20 tahun akan datang pokok2 macam ni ada lagi kat sini untuk tatapan anak anak dan cucu cicit pulak...

ni lagi satu..konon nak glamer.. tapi "eh Bad, ko memang bad boy kan.. takde sivik" bole tak biar pokok tu cantik tak yah la nak conteng conteng?

Lebah ni tertarik dengan bau peluh siapa yaa... En. hubby cakap janji jangan kacau dia, insyallah dia tak sengat..



Alhamdulillah sampai puncak pukul 11.30. lebih kurang sejam setengah je.. tapi kitorang menunggu turn dekat sejam tau nak naik puncak. Ramai gila orang kat sini.. Rombongan sekolah, pengakap, kolej.. UPM pun ada gak..

best kannn...

sudah sampai puncak..

Zul dengan payung Riyadh dia. series cakap.. ramai orang jeles ngan kami.. siap ada yang tompang payung lagi.

Akhirnya sudah sampai bawah... best woo layn chipsmore ngan 100pluss..tak cukup itu, saya tambah lagi ngan mamee BBQ 2 bungkuss... menyesal gile tak bawak jajan2 macam ni naik puncak... Bawak bun kelapa je ngan 3 botol air.. mana cukup... kengkonon nak makan maggi kat puncak, maggi dan tmpt masak ada bawak tapi air, sudu x bawak camano??

penat dan lapar... eh tiada gambar saya dipuncak kan.. dalam kamera hset x de.. nanti lah gambar kat kamera abang ada tu cuma x upload je lagi...

Dah sampai bawah, tak lalu lah nak  mandi.. ramai sangat orang mandi.

Naik : 9.55 pagi -11.30 pagi ~ lebih kurang sejam setengah
Turun : 1.05ptg - 2.10petang ~ Sejam 5 minit.

No comments:

Post a Comment