CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 25, 2011

Gunung Datuk 23.04.2011

Lokasi: Gunung Datuk, Rembau, N9 (Kampung Batang Nyamor Mukim Gadong)
Ketinggian: Lebih kurang 2900 kaki dari aras laut.
Kami adalah: Saya, En. Hubby dan Encek Zul, nama glamer dia Zul Panda

Agak teruja sebab, nilah 1st time layan hobi en. Hubby.
tu dia... bertolak dari rumah lebuh kurang pukul 7.30 pagi.. singgah sarapan di kedai makan Hamidi area BSP.. Punya lah lama tunggu roti canai diorang nih..  saya makan meehoon goreng lambak jee... sampai dah habis makan baru roti diorang siap. alih2 pukul 8.30 gerak dari BSP.. 

inilah jalan masuk ke kaki gunung.. kebun getah.. terus rindu nak balik kampung..

Besar gila pokok ni. konfiden je saya cakap. ni mesti pokok tualang. Sebab tu ada tangga, senang orang nak amik madu... hahaha.. skali pokok pulai daaaa... Pakcik jaga kaunter yang cakap. Tangga tu untuk potong dahan yang mati. nak tebang tak bole sebab Jabatan Hutan punya pokok... OOOOOO itu macam ka pakcik..

Koperasi punya yee... untuk keterangan lanjut sila dail nombor tertera di atas..

ada sesiapa yang bole tolong translatekan x?. mungkin begini maksud dia ni. Yang pendek dilabuhkan, yang panjang dikeratkan, yang rumping saya tatau... yang rumpang tau lah. (rumpang=rongak)*dusun

Ingat mau posing bertiga di sini tapi nampak tak Vios itu..tak bagi can langsung..

bayaran RM3/ pax sahaja...

Kalau rajin, sila la baca. tu gambar tapak kat batu... Orang cakap tu Tapak kaki Hang Tuah.

Koperasi Gunung Datuk Rembau- Pihak pengurusan gunung ni.. Rasanya orang kampung lah yang jaga kan.. kat sini ada surau, dewan, tandas, kedai makan.. Kategori terjaga dan bersih lah..

Hijau itu menawan.. itulah kasut saya, segan tau pakai kasut sport je tuk  hiking.. Tapi En. Hubby kata, ok la.. bole je pakai kasut sport.. cap POWER lagi tuh..!!! hahaha gelak jahat. Taulah kasut dia tu "gile" dasyat..10 pasang kasut saya baru dapat sepasang kasut dia.. HUH!! blagak

antara serangga yang ada kat port kami pakai kasut.. motip amik gambar ni, nak bagi Aman tengok..

ini pun ada... nasib baek tak terpijak..

saya tak bersalah.. ini Zul yang pijak..

ni lagi kumbang malu malu.. nasib baik tak terpijak...


No comments:

Post a Comment