CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 16, 2011

awak tak paham, apa yang saya rasa


Niat saya Cuma mengadu masalah budak budak kecik yang sekolah dan homework berlambak lambak. Bukan nak memburuk2 kan anak, jauh skali nak membanggakan anak. Dan mungkin perpektif kita berbeza. Ya, memang saya akui, saya x bijak menguruskan masa. Setiap hari balik kerja pukul 7pm kadang kadang 7.30pm, lepas mandi, masak dan bagi budak budak makan, dan masa untuk diri sendiri sekejap, barulah monitor anak buat kerja sekolah. Bukan tak suka anak buat kerja sekolah berlambak. Mana ada ibu bapa yang tak nak anak bijak? Semua nak kan?
Ya, anak kamu bijak, cekap, pintar segala.. Anak orang lain pun pintar jugak. Begitu juga anak saya. Janganlah tuduh saya tak pandai handle anak sendiri. Jangan tuduh anak saya tak bijak, tolonglah… jangan tuduh anak saya lembab! Insyallah, walaupun kamu nampak anak saya tak bijak, anak kamu je yang bijak, tapi masa depan diorang jauh lagi ye.. Sila jangan lupa tadika bukan penentu masa depan anak anak! Sob sob sob… sedih…
Dan saya baru lepas call cikgu Aida.. "Idlan ok, bijak. Dengar cakap cikgu. Cuma kadang kadang leka dengan pencil box dia". Baru saya tau, inilah antara cabaran sekolahkan anak…

2 comments:

  1. alalaln sepa cakap si aman lembab? kin panas begitu punya bijak anak buah saya kena cakap macam tu.....adeiii kasi beli baru saja la pensil box tu..kihkihkih aman..aman

    ReplyDelete
  2. jom join contest at http://meandslimming.blogspot.com/2011/02/contest-diet.html

    ReplyDelete