CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 19, 2011

Hari Mengamok Sedonia


Semalam saya telah gagal menjadi ibu, isteri dan perempuan yang baik. Semalam sikit lagi saya nak jadi mak lampir, tarzen kalabok, hantu mak limah (x penah tgk pon citer ni), sikit je lagi nak jadi orang hilang akal, sikit lagi nak jadi mak ponti. Eh.. sampai laa ni masih kepeningan.
AMMAR IKHWAN anak kesayangan ummi dan ayah mengamuk 3 sesi, purata 1-2 jam setiap sesi..sesi pertama 7.15p.m-8.45pm, kedua 10.15-11.15pm (kot), ketiga tak ingat. Mengamuk bukan alang alang. Mengamuk sangat sangat. Sampai nak tekeluar anak tekak kot. Kesian dia. Kami tak tau macam mana nak pujuk. Macam macam kami buat termasuk jadi pemain bola, jadi peniup buih sabun, jadi penari poco poco, jadi drummer Apo nak di Kato..
PUNCA? Saya tak bagi Ikhwan pakai slipper dalam umah. sesi kedua sebab saya turun dari katil nak tido tilam bawah, sesi ketiga, tak pasti kenapa..
Haduyai… bila pikir pikir balik kan hari ni.. kejam nye saya sebagai seorang ibu.. ujian itu sangat sedikit dari Nya, tapi saya melenting bagai nak rak. Tetiba terasa, bodonye saya, kerdilnya saya.. itu baru anak nangis.. peringatan untuk diri sendiri, jangan ulang lagi ye. Kesian sang somi dan anak anak..

No comments:

Post a Comment