CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 18, 2010

Ikhwan Setahun Sebulan

Ikhwan dah setahun sebulan. Ikhwan busyuk ummi dan Ayah sudah tidak kuat menangis macam dulu dulu. Minggu lepas amik injek setahun (MMR kot) dok tak bagi Chiix Pox coz dia dah kena.. Timbang? alahai baru 8.4kg.. banding anak Mimie 7.4kg @ 3mth.. Baka umi kecik kecik je...

Ikhwan dah pandai shuffle macam abang Aman.. Hahahahaha, tak kira jatuh banyak kali pun dia tetap shuffle, hentak hentak kaki je pun dia dah perasan pandai shuffle dah. Ikhwan suka makan ayam, bayam, putu mayam semua yang berkaitan yam yam lah.. setiap kali nampak orang lain makan, dia mesti nganga mintak suap walaupun dia baru lepas makan..

Abang Aman lak suka sangat buli Ikhwan. Asal nampak adik dia je, dia ajak main, tumbuk tumbuk lah, geletek la.. sikit2 dengar suara nyaring Ikhwan menjerit... kekadang steress gak, tapi kalau budak2 ni tido, sunyi la pulak..

Rambut Ikhwan dah panjang, nak suh abang potong. Tapi dia tak nak potong. kang aku cukur kng baru tau.

No comments:

Post a Comment