CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 18, 2010

Bikin Panas!!


Dulu aku penah citer pasal satu Klinik Islamik (iya la sangat) kat BSP ni. Aku dah sumpah takmo jejak klinik ni lagi. Mahal nak mampossss!! Dah la mahal, bukannnya pakar pun. Perasan hebat doc dia ni. Kalau becakap, bukan main lembut gigi dari lidah. Tapi… perangai, ya ampunnn…. Memang menjengkel kan.. Tak padan dengan perawakan alim .. Ko tunggu je Doktor, aku tak halal dunia akhirat apa yang ko charge lebih kat aku eh..
Aku dah lupa sebenarnya dengan Klinik mahal nih, sampailah satu hari tu aku terbaca satu treads kat forum BSP. Tajuk dia macam ni "apa pendapat anda tentang klinik A*&^%#$#?" (aku bajet nih mesti doc ni yang buka tread ni) Kebetulan lak dalam ramai2 yang komplen tu, ada sebilangan yang komplen mahal. Aku pun bantai la post (meluahkan pendapat la ni). Reply aku berbunyik macam ni "Doktor memang baik, Cuma yang tak tahan, bila dia charge mahal sangat2. Habis medical saya setahun, dalam masa Feb-July". Itu kan pendapat dan bukan pitnah kan????

Dan dan petang tu dok call my hp. Dalam hati ni dah terdetik dah, apesal lak dok ni call? Dia baca ke komen aku nih? Ok lah aku angkat.

Dok: Hello pn. Salina

Me: ye saya. Ada apa dok? (baik2 lah konon angkat tpn nih, padahal dalam hati memang bengkak je ngan dia)

Dok: Puan, hari tu puan ada mintak HPV kan? Hari tu saya dah tercharge lebih. Sebenarnya jab tu RM200 je, tapi hari tu saya dah tercharge RM400. Bila bole datang klinik amik jab hpv lagi? Sebab puan sorang je yang request hpv ni. dah nak expired la puan. (W.T.F aku sorang dari beribu orang penduduk BSP yang amik jab ni, time ni aku dah saspek dah. Ni mesti dia dah baca komen aku. Ko apehal, dah aku komplen baru beria sangat nak bagi HPV tu kat aku balik?? Awat ko tak deduct kat bill aku yang lain. Gaji aku kena potong ok!! 3 BULAN OK!!, lagi satu, tak ke BODO aku nak gi amik lagi jab tu sedangkan aku patutnya amik jab tu bulan 5 hari tu. 6 bulan yang lepas, baru hari ni ko nak offer?? Aku memang angin gile masa ni. Cik Abang pun sama gak bikin panas..tengah2 doctor tu call, bole dia mengamuk sakan suh cakap doktor charge memang mahal.

Me: tak pelah doctor. Buang je la, lagi pun dah lama sangat saya tetinggal jab tu. Buang saja. Saya takmo.

Dok: sayanglah pulak. oklah salam…

Cerita tu tak habis disitu je.. hari Senin hari tu, aku bukak balik treads tu, ooo ada orang nasihatkan aku rupanya, dia tulis cam ni "Biasanya klinik panel charge mahal skit banding kita bayar sendiri"
Aku balas balik, kok ye pun janganlah mahal sangat. Bagi saya klinik ni mahal. Aku klik post je, berdering2 hp aku dan phone opis skali.. mau 20 kali kot dia call.. aku cuak gak. Malas nak angkat. Last2 dia call Cik Abang… nak tau dia cakap apa "DIA NAK BAWAK BENDA NI PADA PIHAK SEPATUTNYA" Ala ala nak cari peguam la kot…. BODO!! Aku tak pitnah ko ok.. aku cakap yang benar dong. Ko memang cekik darah.. takpa, ko makan lah duit kami orang susah. Mudahan ko cepat kaya dan cepat lah jugak ko kena dengan orang lain… Jangan lupa ye, aku takkan halalkan bagian aku tu..

Cik abang jawab macam ni aje "takpelah, bawak jelah, tapi yang pasti klinik ni memang la mahal. Terlalu mahal mengalahkan specialist. Setakat sakit mata pun charge sampai RM80"

Dengan berat dan bengkaknya hati ini, aku terpaksa DELETE komen aku tuh. Bukan takut kat doctor tuh tapi, malas nak panjang panjang dan kami ni bukan berduit.

Apa yang aku rasa doctor ni x betul:
  • HPV charge RM400/ jab
  • Synflorex RM250/ Jab (Ikhwan amik from 5month, patut ikhwan amik ikut jadual nih
    1st jab: 19.03.2010
    2nd jab: 19.05.2010
    3rd jab: 19.07.2010
    Booster: 19.01.2010.
    Tapi tau tak jadual DOKTOR tu bagi macam ni:
    1 jab : 19.03.2010
    2nd jab: 19.04.2010
    3rd jab: 19.05.2010
    Booster: 19.11.2010
    Aku dah rujuk dengan doctor lain, dia pun pelik apesal DOKTOR yang blagak specialist tu bagi jarak dekat sangat kat Ikhwan. Bagi aku senang je, dia nak duit masyukkkkkk!!!!
  • Aku kalau g klinik ni, kena sign siap2 borang panel.. heh (yang ni aku rasa kebodohan sendirik, aku pernah sign 13 borang untuk sekali rawatan, alasan dia takut tak leh claim kalu amount banyak sangat)
  • Aku penah check inbois klinik ni dulu, ada satu borang tu yang bukan aku sign,. Obviously, sign ciplak..
Nama macam islamik giler, perawakan macam alim giler tapi mencekik darah orang!!

*ok dah kurang skit bengkak hati ku ni..tak tau nak luah kat sape. dah luah kat sini kira tlepas la gak bebanan kepala otak yang berserabut ini..

1 comment:

  1. ko tu pun satu x berani bertindak....sampai bila orang macam tu au memperbodohkan orang lain..sial punya klinik

    ReplyDelete