CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 5, 2010

Happy 21st Birthday Pakcik Koji


Birthday Boy mengayakan rambut Otomen Aman. nilah dia idola Aman. Asal pakcik Koji nak keluar je, mesti Aman yang sibuk setting pacak rambut.. Aman mesti ngekor nak itut pck Koji bole? Kalau Pakcik jumpa awek Aman tak ikutlah..

Pose terhensem setakat ini.. wakakakaka.. my only brother, ni lah dia wali aku masa nikah, 5 tahun yang lepas @ 16tahun umur Koji time tu. semoga panjang umur, murah rezeki dan ingat2 selalu, kami adik beradik dan mama selalu mendoakan yang terbaik untuk keluarga kita..



Happy 21st Birthday to my little Bro @ Pakcik koji kesayangan Aman. Ekceli birthday Koji jatuh pada hari Sabtu lepas, 02.10.2010. Dah besar rupanya satu satunya adik lelaki aku ni.. Pejam celik pejam celik, dah 21 taun dah, bila lah agaknya ada gopren Koji?. Mak ada cerita hari tu, dia buatkan Surprise birthday cum Open house untuk Pakcik Koji dan Aten skali. Aten nye bday lambat lagi 08.10.2010 alang2 buat skali harung mak cakap. Kalau ikut cerita Mak, adik Koji ni punya terkejut sampai pucat lesi muka dia.. hehehehe…. Terharu kan, mana ada dalam dunia ni Emak yang tak sayangkan anak. Anak anak je yang kekadang lupa menghargai kasih sayang emak.. Gambar takde ye adik adik, sah sah aku tak de dalam majlis itu.. apapun, Koji.. Selamat hari jadi, semoga panjang umur, sentiasa murah rezeki, dan jadilah anak yang solehah.. Pandai pandai jaga diri di rantauan… Pesanan penaja, kalau mau cari gefren, cari lah yang bole terima keluarga kita seadanya….


Teringat lak time Koji ni kecik kecik dulu.. nama sebenar Koji, Mohd Sukri, nama Koji ni bersempena dengan nama watak dalam drama bersiri Jepun.. Kakak Inut yang bagi nama ok. lekat lak tu, nak jadikan cerita, selang beberapa bulan lepas tu, dia lak dapat adik pompuan. Elok sangat la, kak Ida balas, bagi nama kat adik dia Reen Hani Koma.. wakakakaka… lekat jugak.. sampai lah ke besar panjang ni orang panggil Koji dan Reen.


Koji membesar dengan kakak kakak dia. Selalu kena tinggal sendiri kat umah. Sementara mama dan bapa cari rezeki, kami adik beradik kenalah jaga adik. Dia ni jelah yang sempat aku jaga masa kecik. Tak banyak ragam, tapi nakal ya Ampun…. Budak lelaki la katakana. Seawal umur 2-3 tahun kaki melecur teruk kena api, umur 5-6 tahun patah tangan kanan (panjat pokok ubi punya pasal). Tulang dah tersembul keluar pun masih gagah lagi nih. Sorok dari orang tua, takut punya pasal… Aku yang nak pengsan tengok tulang siku dah tbonjol keluar. Pelik bin ajaib! langsung tak nangis.. Pegi hospital, hambik kau Koji sebulan dok Hospitall Queen KK. Time ni baru aku tau, aku sayang giler kat adik aku ni. Tiap malam menangis rindu adik, tidur dengan gambar Koji tu..


Tu belum cerita Koji separuh mati tersangkut di tali air.. Nasib baik umur panjang. Kalau tidak, ada yang menyesal seumur hidup..


No comments:

Post a Comment