CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 8, 2010

Aku dah Nekad

Hari ni aku sungguh sungguh kuatkan semangat. Aku tanak jalan jalan cari makan. Aku kena mulakan hidup baru.. Aku kena nekad turunkan berat badan. Yahoo… akhirnya, setelah 80 kali timbang fikir, aku berjaya turun ke gym. Eksesais sikit sikit, lompat sikit, angkat berat ala ala Mr. Koay skit… Fuhhh… lega, segala macam peluh keluar. Lepas mandi ingatkan tanak makan langsung.. alamak tak bole la pulak, terpaksalah aku turun Café makan Mihun goreng. Sungguh tak sedap! Loya tekak.. Ada pulak mihun manis. Minta magi sup lak dengan pesanan (kak, saya nak magi sup, nak telor je, sayur, bwg goreng semua tanak), manis gak lagi.. cheh, podah.. 2-2 makanan yang aku order tak sedap.. Nasib baik ada orang yang sudi tolong habihkan makanan..

Besok aku nak trekking pula. Dekat dekat jer ngan umah aku.. dengan harapan, tak hujan. Selagi keinginan tu ada pegi la Salina.. Janji kau happy!

No comments:

Post a Comment